fb fb fb fb fb

Paras air melebihi tahap bahaya di 5 negeri

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Lima stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pahang, Johor, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya.

Situasi itu berdasarkan data yang dikongsi JPS melalui laman sesawang rasminya setakat pukul 8.00 malam.

Di Pahang; paras air melebihi bahaya itu adalah di stesen Sg. Triang, Bera dan mencatatkan trend menaik.

Di Selangor pula; paras bahaya direkodkan di stesen Sg. Langat di Batu 12, Hulu Langat dengan trend menaik.

Di Johor; ia mellibatkan stesen Sg. Muar di Kg. Awat, Segamat.

Bagaimanapun ia mencatatkan trend menurun.

Manakala di Kelantan; stesen yang melebihi tahap bahaya ialah di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Di Negeri Sembilan pula, Sg. Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik.

Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan sentiasa berwaspada.

(Tangkap layar Laman Web Rasmi Info Banjir)

Media Baharu