fb fb fb fb fb

JMG sedia hadapi banjir

BALING, 12 Disember- Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memperluas Program Pengurusan Risiko Bencana Geologi Berasaskan Komuniti Berimpak Tinggi (CBDRM) kepada penduduk Kampung Iboi di Baling, Kedah.

Pengarah JMG Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Azizan Ali berkata, lokasi tersebut merupakan kawasan yang kerap dilanda banjir.

Fokus program itu, tertumpu kepada memperkasa komuniti setempat dalam aspek kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana.

"Jadi kita mengharapkan komuniti Iboi yang hadir pada hari ini mengambil manfaat daripada program ini yang dijalanakan.

"Pada program ini kami Memperkenalkan bencana geologi. Ia berkenaan, bagaimana kejadian bencana boleh berlaku di kawasan Iboi.

"Pengenalan kepada faktor-faktor yang boleh menyebabkan bencana ini boleh memberi kefahaman kepada masayarakat di sini," kata Azizan di sini.

Pada program siri ke-4 itu wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Daerah Baling turut menyertai program berkenaan.

(Azizan Ali)

Media Baharu