fb fb fb fb fb

Hasilkan produk unik, kreatif dalam mempromosi Langkawi

LANGKAWI, 12 Disember- Pengusaha sektor pelancongan di Langkawi perlu menghasilkan produk baharu yang unik serta melakukan promosi dengan pendekatan lebih kreatif.

Perkara tersebut mampu memacu sektor pelancongan selain mememberi manfaat kepada pembangunan di pulau berkenaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata, "tindakan mempromosikan pulau ini penting dalam memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan Langkawi."

Menerusinya, kehadiran pelancong tempatan mahupun antarabangsa, mampu dipertingkat sekali gus memacu pembangunan sosioekonomi di pulau berkenaan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Sea Splash Travel Sdn Bhd dan Odysea Boat Operators Sdn Bhd.

(Majlis Menandatangani MoU antara Sea Splash Travel Sdn Bhd dan Odysea Boat Operators Sdn Bhd)

Media Baharu