fb fb fb fb fb

Penjawat awam perlu profesional - Fadillah Yusof

PETALING JAYA, 12 Disember- Penjawat awam digesa untuk meninggalkan cara lama yang berpandukan amalan menurut perintah tanpa melihat peraturan yang sepatutnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kerajaan memerlukan perkhidmatan awam yang lebih profesional, amanah dan cekap untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi serta kestabilan negara yang pernah dicapai dahulu.

Pendekatan pengurusan sedia ada perlu ditukar agar selaras dengan budaya akauntabiliti, ketelusan dan integriti.

Persefahaman yang baik dalam kalangan penjawat awam juga harus diwujudkan dalam usaha membuat perubahan baharu demi kesejahteraan rakyat.

Tambahnya, beliau turut mengalukan maklum balas yang tepat dan cepat untuk membantu kerajaan melaksanakan setiap program secara efisien.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Makan Malam PTD Seratus Tahun Menabur Bakti.

Turut hadir, Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Tan Sri Abdul Halim Ali.

(Fadillah Yusof)

 

Media Baharu