fb fb fb fb fb

Usahawan AIM siap sedia luaskan perniagaan ke peringkat global

Fadillah Yusof menghadiri Majlis Penutupan Singgah Lok Karnival Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

KUCHING, 12 Januari - Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) digesa meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka seiring dengan perkembangan dunia perniagaan global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut beliau, usahawan mikro di bawah AIM perlu memahami konteks perniagaan global untuk memastikan kelangsungan dan kejayaan perniagaan mereka.

“Bila telah berjaya, kekalkan kejayaan tersebut, tingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan luaskan jaringan untuk sampai ke peringkat global bagi mengembangkan lagi perniagaan," katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Singgah Lok Karnival Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Kuching di sini, hari ini.

Setakat 2024, AIM mencatatkan seramai 42,957 usahawan B40 di negeri ini dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM262.6 juta.

Bagi cawangan Kuching sahaja, terdapat 3,571 Sahabat Usahawan dengan pembiayaan sebanyak RM26.3 juta.

GRACE AISYAH KEDAYAN