fb fb fb fb fb

Usaha noktah miskin tegar terus digerakkan- PM

(Foto BERNAMA)

MANJOI, 10 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha menoktahkan miskin tegar di negara ini terus digerakkan.

Anwar berkata kerjasama dengan Kerajaan Negeri perlu dipertingkatkan bagi memastikan perkara itu dapat ditamatkan menjelang hujung tahun ini.

"Saya tidak mahu ada keluarga yang tidak disantuni. Dalam hal ini pegawai daerah mesti bertanggungjawab akan hal ini. Saya akan memberi peringatan keras sekiranya isu ini timbul," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Anwar melancarkan program “Semarak Tambun Cinta Al-Quran” sebelum berbuka puasa di Masjid Al-Ittihadiah, di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu