fb fb fb fb fb

Rompak kekayaan negara, kerajaan tidak tolak ansur- PM

(Foto BERNAMA)

MANJOI, 10 April- Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang merompak kekayaan negara demi kepentingan sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini sedang dalam usaha membersihkan negara dan menyelamatkan bangsa.

"Itu tekad saya, susah senang saya hadapi. Kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan, tetapi saya tidak akan bertolak ansur daripada membersihkan negara ini. Saya juga akan menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada orang yang merompak kekayaan negara.

"Saya telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan kepada sesiapa yang melakukan rasuah," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kes mahkamah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Anwar berkata beliau tidak terlibat dengan kes tersebut.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu