(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media selepas menghadiri
Majlis Sumbangan Rahmah di pekarangan Bank Simpanan Nasional Meru hari ini/ Foto
BERNAMA)
IPOH, 10 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform juga diawalkan ke tarikh 14 April ini.
"Manfaatnya hampir 1 juta penerima termasuk kalangan pesawah padi, pekebun kecil getah, nelayan. Dan saya tambah baru-baru ini sukerelawan beruniform, maknanya Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis."
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi penyerahan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Meru Raya, di sini hari ini.
Tambahnya, bantuan khas kewangan tersebut akan memanfaatkan hampir 1 juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis.
(Foto fail)
Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turun padang melihat proses penunaian STR Fasa Dua di BSN Cawangan Meru Raya.
Beliau turut menyampaikan STR secara tunai kepada beberapa penerima.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pembayaran STR Fasa dua dilaksanakan mulai 5 April 2023 bagi membantu rakyat melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.