fb fb fb fb fb

Pemandu bas pandu secara berbahaya, potong garisan berkembar ditahan

BATU PAHAT, 10 April - Seorang pemandu bas berusia 59 tahun ditahan polis selepas dipercayai memandu dalam keadaan berbahaya dan memotong garisan berkembar di Jalan Yong Peng - Chaah, Johor semalam.

Berdasarkan video yang tular di Facebook Dash Cam Owner Malaysia, pemandu tersebut turut memasuki laluan di arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu lalu. 

(Tangkap layar video yang tular di Facebook Dash Cam Owner Malaysia di mana seorang pemandu
bas memandu dalam keadaan berbahaya dan memotong garisan berkembar di Jalan Yong
Peng-Chaah, Johor semalam)

Suspek tampil ke IPD Batu Pahat dan turut mengaku melakukan perbuatan tersebut semasa dalam perjalanan dari Terminal Bas Larkin ke Terminal Bas Segamat bersama seorang penumpang.

Suspek ditahan bersama bas yang dipandu ketika kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dan kaedah-kaedah lalu lintas 012(03) - LNI67/59 kerana kesalahan memotong di garisan berkembar. 

Media Baharu