fb fb fb fb fb

FAMA, Bank Rakyat sumbang 4,000 kit kebajikan untuk golongan asnaf

SELAYANG, 10 April- Sebanyak 4,000 kit kebajikan di sumbangkan untuk 4,000 golongan asnaf yang memerlukan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  dengan kerjasama Bank Rakyat hari ini.

Menurut Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri, melalui kerjasama bank Rakyat ini merupakan tahun kedua dalam Program Jelajah Ramadan FAMA.

Sumbangan dalam bentuk kit kebajikan makanan tesebut berjumlah RM600,000.00.


(Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri)

"Kita telah menyasarkan 29 lokasi di seluruh negara kita menyumbangkan kit tersebut. Setakat ini, kita sudah lebih daripada separuhla kita telah menyampaikan sumbangan tersebut dan akan disambung sehingga sebelum berakhir Ramadan", katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Jelajah Ramadan FAMA disini.

FAMA turut berterima kasih atas kerjasama strategik dengan Bank Rakyat dan berharap agar berterusan untuk tahun-tahun hadapan bagi membantu golongan yang memerlukan ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa program Jualan Khas Syawal Mdani oleh FAMA akan dirasmikan di pasar tani FAMA di Kelana Jaya oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Sabtu ini.

Beliau berkata program tersebut yang turut diadakan secara serentak di 103 lokasi pasar tani seluruh negara akan memberi fokus kepada jualan barangan keperluan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan lain yang berkaitan.

Media Baharu