KUALA LUMPUR, 10 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
Pada penutup dagangan, kontrak April 2023 melonjak 2.5 mata kepada 1,428.0, Mei 2023 dan Jun 2023 masing-masing meningkat tiga mata kepada 1,429.0 dan 1,430.0, dan September 2023 meningkat dua mata kepada 1,420.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3,932 lot daripada 3,579 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 32,962 kontrak daripada 32,498 kontrak sebelumnya.
Pada pukul 5.00 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.09 mata kepada 1,428.13 daripada 1,427.04 ketika ditutup pada Jumaat lepas. - BERNAMA
(Foto BERNAMA)