ALOR SETAR, 11 Julai -Langkah kerajaan pusat membaiki pulih lebih 40-klinik kesihatan di Kedah dengan peruntukan lebih RM10 juta merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri berkenaan.
Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Samsudin Ahmad berkata, perkara itu adalah wajar memandangkan memandangkan terdapat fasiliti kesihatan di negeri itu yang terlalu uzur.
" Kita dapati klinik-klinik di negeri ini agak daif dan sangat memerlukan peruntukan.
"Kita dapati banyak klinik-klinik tidak mampu menampung bilangan pesakit yang terlalu ramai.
"Harapnya dengan ada pengubahsuaian dapat memberi keselesaan kepada para pesakit terutamanya warga emas", katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Datuk Aminuddin turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan meluluskan peruntukan tersebut.
(Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Samsudin Ahmad)