KUALA LUMPUR, 11 Julai- Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa siap siaga dan proaktif dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa melayu khususnya melibatkan pelajar sekolah menengah.
Pengerusi Lembaga Kelola DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata dalam proses menuntut dan mengembang ilmu Bahasa Melayu menjadi wasilah utama melebarkan potensi individu yang menjadi aset kepada pembangunan negara.
"Para pelajar harus menggunakan Bahasa Melayu yang betul bukan saja di peringkat sekolah tapi juga masa perbualan dan sebagainya.
"Jangan terpengaruh dengan media sosial yang menggunakan banyak bahasa campur atau bahasa rojak kerana akan merosakkan Bahasa Melayu,"katanya.
Beliau yang juga Sasterawan Negara menekankan perlu ada sifat megah bahasa dan menjadikan forum remaja sebagai medan meluaskan dan mengembangkan perbendaharaan bagi mencambah kelonggaran penggunaan Bahasa Melayu.
Beliau di temui media selepas Majli Perasmian Penutupan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2024 di ibu negara hari ini .