fb fb fb fb fb

UPSI tanggung proses dan kos penghantaran jenazah Nur Farah Kartini

Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah merupakan pelajar cemerlang dengan memperoleh Purata Gred Nilai (GPA) 4.0.

SUNGAI BULOH, 16 Julai- Proses dan kos pengurusan penghantaran jenazah Nur Farah Kartini Abdullah ke Sarawak akan dibantu sepenuhnya oleh pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Bagaimanapun wakil UPSI yang tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada pukul 12 tengah hari tadi memberitahu pihaknya masih menunggu keputusan daripada waris arwah samada jenazah akan dikebumikan di Kuala Lumpur atau Sarawak.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 6 petang dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE