fb fb fb fb fb

Unit helikopter dan dron PDRM bantu operasi SAR di kawasan tanah runtuh

(Foto PDRM Drone Unit)

BATANG KALI, 16 Disember- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Udara (PGU) mengatur gerak unit helikopter dan dron ke kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, jalan Genting Highland- Batang Kali, Selangor awal pagi tadi.

Menurut Facebook PDRM Drone Unit, mereka membantu polis Daerah Hulu Selangor melaksanakan tugas tinjauan dari udara dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Misi tersebut melibatkan helikopter jenis Agusta Westland 139 yang berpangkalan di Subang dan unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.

Seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan terperangkap bawah runtuhan tanah dalam insiden yan gberlaku pada pukul 2.42 pagi.

Setakat 7.00 malam, 21 orang disahkan terkorban.

(Unit helikopter dan dron PDRM bantu operasi SAR di kawasan tanah runtuh/PDRM Drone Unit)

Media Baharu