PAUH PUTRA, 31 Oktober-Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Wacana Etnosains dan Teknologi Siri 3: Kearifan Tempatan Dalam Seni Bina Alam Melayu.
Menurut Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr Zaliman Sauli, etnosains merupakan ilmu kearifan yang mempunyai pelbagai pecahan dan aspek merujuk kepada kearifan tempatan.
Menurutnya, seni bina Melayu yang menggunakan elemen seni bina tradisional termasuk penggunaan kayu, buluh, batu dan bahan semulajadi memerlukan pengetahuan kejuruteraan dan teknologi awam yang mendalam.
"Kita akan melihat bagaimana teknologi terkini dapat diadaptasikan dengan etnik-etnik yang ada di negara kita terutama etnik atau pun orang", katanya kepada media pada Majlis Perasmian Wacana Etnosains dan Teknologi Siri 3: Kearifan Tempatan Dalam Seni Bina ALam Melayu di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini.
Tambahnya, UniMAP juga bersedia menyokong usaha seumpama ini dalam memastikan warisan budaya tidak hilang di telan zaman.