fb fb fb fb fb

Cadangan naik taraf lesen B2 kepada B akan dimuktamad

Aedy Fadly Ramli

BANDA HILIR, 31 Oktober- Cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dimuktadkan sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata, ia akan dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum pelaksanaannya diumumkan.

Ketika ini pihaknya masih menunggu dasar pelaksanaan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT).

"Ia masih di peringkat cadangan oleh Kementerian Pengangkutan bersama JPJ akan perincikan cadangan tersebut untuk mengabungkan lesen motosikal kepada satu kategori sahaja.

"Ini masih di peringkat penelitian pihak kementerian dan JPJ. Ia akan dbentang kepada TPM terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat," katanya dalam sidang media selepas Perasmian Majlis Penutup Program Mylesen Peringkat Negeri Melaka 2023 yang disempurnakan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer di Muzium Rakyat di sini.

Aedy Fadly juga akan menjalankan kerjasamdengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperbanyak siri-siri advokasi dan pendidikan praktikal bagi pelajar di sekolah-sekolah seluruh negara.

Ia berikutan banyak kemalangan maut membabitkan pelajar, sejak kebelakangan ini.

Dalam perkembangan lain seramai 7.3 juta pengguna sudah memuat turun aplikasi JPJ atau MyJPJ setakat 26 Oktober lalu, manakala 6.5 juta pengguna jalan raya berdaftar menggunakan JPJeID.

"Kita ke arah pendigitilan jadi kita sentiasa menguar-uarkan kepada orang ramai supaya memilih untuk menggunakan aplikasi digital MyJPJ Sehingga semalam," katanya.

Bagaimanapun bekalan lesen kenderaan motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Sementara (VOC) mencukupi di semua cawangan JPJ seluruh negara dan orang ramai tidak perlu bimbang selain memastikan bekalan fizikal lesen dan geran berkenaan di semua cawangan JPJ seluruh negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI