fb fb fb fb fb

Kemuka dokumen palsu Penjana Kerjaya, dua individu mengaku tidak bersalah

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 31 Oktober- Seorang pemilik syarikat dan pekerjanya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu menerusi program Penjana Kerjaya berjumlah RM126,100.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Norashima.

Tertuduh, Arrie Syahiman Mohd. Zain, 33 dan Nurul Azwani Mohd. Razali, 37 tahun didakwa memberi butiran palsu kepada seorang pegawai PERKESO bagi tuntutan insentif.

Bagi kesalahan itu tiga pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama.

Kedua-dua tertuduh juga  mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan serta dilarang menganggu saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mariah Omar manakala tertuduh diwakili Mohd. Hayyatuddin Muhamad.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM