fb fb fb fb fb

Undang-undang baharu AI dikerangka, jamin keselamatan siber negara

Menteri Digital, Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat /RTM

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kementerian Digital sedang melaksanakan pendekatan menyeluruh berteraskan aspek perundangan, tadbir urus berintegriti dan inovasi teknologi kecerdasan buatan yang bertanggungjawab.

Ia bagi memastikan keselamatan siber negara kekal terjamin khususnya dalam menghadapi peningkatan ancaman senjata AI. Ke arah itu, libat urus bersama kementerian dan agensi terlibat terus dilaksana bagi membentuk kerangka undang undang AI baharu.

"Ketika ini kita sedang membincangkan apakah sebenarnya kerangka untuk dikemukakan kepada kabinet. Kita jangkakan akan membentangkan undang-undang sekiranya perlu dalam pertengahan tahun hadapan, tapi ianya melibatkan beberapa aspek bagi memastikan produk AI yg selamat untuk digunakan. Peraturan kawal selia perlu diwujudkan supaya ia dapat dilaksanakan, katanya ketika menjawab soalan Wakil Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tambahnya, kerangka baharu itu berpotensi menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam melaksanakan tadbir urus AI yang beretika dan selamat sekaligus memperkukuh benteng digital negara.

SITI NOORAIN ABDULLAH