fb fb fb fb fb

Ahli KWSP meningkat 9.9%, jumlah simpanan RM1.31 trilion

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober - 16.5 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), direkodkan sehingga 31 Ogos 2025 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.31 trilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata angka itu mencatatkan peningkatan 9.9% berbanding RM1.20 trilion pada tahun 2024; dan 20.8 peratus berbanding RM1.01 trillion pada tahun 2023).

"Daripada jumlah tersebut, seramai 9.0 juta atau 55% daripada keseluruhan ahli KWSP merupakan ahli aktif, dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.07 trilion," kata Lim dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang ingin tahu mengenai jumlah caruman dan bilangan pencarum KWSP terkini sehingga Oktober 2025.

Tambahnya, 38.8% daripada ahli aktif formal berusia 18 hingga 55 tahun telah mencapai tahap Simpanan Asas mengikut umur berbanding 30.4% pada akhir tahun 2022.

Ia sekaligus mencerminkan pemulihan positif pasca pandemik.

HASLINDA BINTI HASSAN