fb fb fb fb fb

UMNO Terengganu nafi keluar kenyataan bantah hukuman sebat di khalayak ramai

Tangkap layar Facebook Tengku Haphiz

KUALA TERENGGANU, 25 Disember- UMNO Terengganu menafikan mengeluarkan kenyataan bantah berhubung pelaksanaan hukuman sebat secara terbuka yang akan dilaksanakan pada Jumaat ini.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera dalam satu kenyataan memaklumkan, UMNO Terengganu menegaskan bahawa akaun tersebut bukan milik UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

"UMNO Terengganu sangat menghormati institusi kehakiman lebih-lebih ia melibatkan keputusan Mahkamah Syariah.

"Saya percaya perbuatan fitnah itu adalah manipulasi politik terhadap UMNO Terengganu," katanya.

Kenyataan berkenaan tular menerusi beberapa akaun media sosial seperti Facebook.

Sebelum ini media melaporkan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu mengenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai terhadap seorang duda kerana kesalahan khalwat berulang. 

Lelaki berkenaan merupakan individu pertama di negeri itu yang dikenakan hukuman berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI