fb fb fb fb fb

MKT UMNO pecat seorang ketua dan dua ketua wanita bahagian

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Seorang ketua Bahagian dan dua ketua wanita bahagian dipecat daripada keahlian UMNO.

Keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana individu-individu berkenaan melakukan kesalahan mencemuh parti dan berkempen untuk parti lain ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang lalu.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Puad Zarkashi ketika ditemui media berkata, keputusan dibuat pada Mesyuarat MKT UMNO malam tadi.


(Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Puad Zarkashi)

Puad turut memaklumkan Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kali ini agak tegas dalam isu melibatkan disiplin membabitkan ahli parti.

"Presiden parti agak tegas dalam isu disiplin dan beliau tidak akan berkompromi lagi kepada mereka-mereka yang memburuk-burukan parti termasuk membocorkan rahsia mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi,"katanya kepada media.

Tambahnya, ketiga-tiga yang dipecat bukan dari kalangan ahli MKT UMNO.

Mesyuarat turut membincangkan isu dana RM600 bilion melibatkan kerajaan terdahulu.

Perkara itu diserahkan kepada Perdana Menteri untuk meneruskan siasatan lanjut.

Media Baharu