fb fb fb fb fb

UMNO Labuan sumbang bantuan kepada anaf dan anak-anak yatim

(FOTO FB BES LABUAN)

LABUAN, 16 April-Ketika menyambut kemeriahan Ramadan dan menjelang syawal, tradisi berkongsi rezeki dan menyampaikan sumbangan bantuan zakat, menjadi amalan UMNO Bahagian Labuan.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan berkata, pendekatan di peringkat akar umbi menjadi teras dalam menjaga kebajikan dan bantuan, khususnya kepada golongan asnaf dan juga anak-anak yatim.

"Ini adalah sebahagian kecil daripada penerima-penerima di bawah program Ziarah Kasih Ramadan yanglaksanakan. Setakat ini, 20 cawangan telah mengadakan program ziarah kasih yang mana setiap cawangan akan menyampaikan 15 orang penerima di kalangan asnaf, anak yatim dan sebagainya", katanya selepas majlis berbuka puasa bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Labuan 4 Peringkat dan Majlis penyampaian Sumbangan kepada golongan Asnaf, Anak Yatim dan pelajar Tahfiz Madrasah Seri Merinding dan Madrasah Al-Haq di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memaklumkan akan sentiasa mendekati rakyat bagi mengetahui permasalahan di peringkat akar umbi.
 
Justeru, beliau menyeru kepada kepimpinan agar mengukuhkan hubungan ukhwah, serta terus kekal di landasan perjuangan dan matlamat parti.


(Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan/FOTO FB BES
Labuan) 
 

Media Baharu