(Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota bomba/FB Korporat JBPM)
MERLIMAU, 15 Januari- Penghuni sebuah kediaman di Kampung Batu Gajah di sini terkejut dengan kehadiran seekor ular sawa di dalam reban ayamnya, malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP), Mohd Sukur Md Ali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik reban terbabit sekitar pukul 11.33 malam.
Bertindak atas aduan itu, Mohd Sukur berkata, lima anggota bersama sebuah jentera LFRT digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setelah tiba di lokasi, didapati ular sawa tersebut masih berada di dalam reban ayam.
"Pasukan Bomba bertindak menangkap ular sawa dengan menggunakan alat penjerut," katanya menerusi Facebook Korporat JBPM.
Tambah beliau, pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian turut dilakukan oleh pihaknya bagi memastikan tiada sebarang haiwan lain yang mengancam nyawa.
"Setelah selesai menangkap ular, anggota bomba memeriksa kawasan sekitar bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain.
"Operasi ditamatkan pada pukul 11.47 malam," jelasnya.
(Foto FB Korporat JBPM)