fb fb fb fb fb

Ulama umara perlu sepakat hadapi cabaran masa depan- MB Selangor

(Ucapan aluan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari)

SHAH ALAM, 25 Mei- Ulama dan Umara perlu menjalin hubungan akrab dalam mendepani cabaran masa hadapan. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari menjelaskan kerjasama dua golongan itu dilihat mampu menyembuhkan dan membangun negara serta rakyat khususnya pasca Covid-19.

Tambahnya, hubungan sedemikian selaras usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor sebuah negeri pintar, berdaya huni dan makmur menjelang tahun 2025. 

"Ahli siyasah dan ulama harus menjauhi sikap permusuhan dan perbenturan. Kita harus berperanan membangunkan, memakmurkan dan ejen aman dan harmoni.

"Kita di Selangor berbahagia kerana umara dan ulama memainkan peranan berlandaskan landasan yang tepat. Negeri ini semakin maju dan bahagia kerana rakyat Selangor menolak 'agent of disorder', pemecah-belah dan sosok pertengkaran,"katanya.

Jelasnya, keamanan yang dimiliki membolehkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi khususnya di negeri Selangor. 

Datuk Seri Amirudin berucap pada Muzakarah Ulama-Umara di Shah Alam. 


(Muzakarah Ulama-Umara anjuran kerajaan Selangor menghimpunkan
para pemimpin negara dan ulama)

Media Baharu