fb fb fb fb fb

Ukraine nafi Rusia patahkan serangan balas

(FOTO AFP)

KIEV, 11 Jun- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa serangan balas sedang dijalankan dan mengkritik Rusia berhubung limpahan air dari Empangan Kakhovka yang pecah dalam serangan bom.

Kenyataan itu dibuat ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

"Tindakan balas dan pertahanan sedang berlaku di Ukraine: pada peringkat mana saya tidak akan bercakap secara terperinci," kata Zelensky dalam sidang media bersama Trudeau di sini.

Zelensky mengulas kenyataan Presiden Rusia Vladimir Putin bahawa serangan balas Kiev telah gagal.

Pihak Rusia sebelum ini melaporkan kejayaan mematahkan serangan Ukraine di timur dan selatan.

"Menarik apa yang Putin katakan tentang serangan balas kami. Adalah penting bahawa Rusia sentiasa merasakan bahawa mereka tidak akan dapat bertahan lama lagi," kata Zelensky.

Menurutnya beliau berhubung dengan komander tentera setiap hari, termasuk ketua angkatan tentera Valery Zaluzhny, dan "semua orang kini positif, beritahu itu kepada Putin!" tegas Zelensky. -AFP

(Zelensky (kanan) dan Justin Trudeau berjabat tangan selepas menandatangani perjanjian
dua hala semasa sidang media selepas perbincangan mereka di Kiev/AFP)

Media Baharu