fb fb fb fb fb

UKM lancar Pusat Pembelajaran di Kamunting

(Sekitar majlis pelancaran Pusat Pembelajaran UKM yang ke-7 di Kamunting)

KAMUNTING, 14 November- Universiti Kebangsaan Malaysia UKM hari ini melancarkan satu lagi Pusat Pembelajaran di luar kampus Induk.

Pusat Pembelajaran yang ke-7 di tempatkan di Kamunting, Perak itu bagi melestarikan pendidikan tinggi seiring hasrat Kementerian Pengajian Tinggi menghidupkan semangat ‘Universiti untuk Rakyat'.

Menurut Naib Cancelor UKM, Prof. Datuk Mohd Ekhwan Toriman antara program yang ditawarkan ialah Program Akademik, Progran Khas, Kursus Pendek Sijil Profesional dan Program Lepasan Sekolah.

"Program-program ini akan membantu para pelajar para guru terutamanya bagaimana untuk memilih program yang sesuai yang boleh mereka pilih terutamanya bertepatan dengan keputusan peperiksaan kerana kebanyakan daripada pelajar-pelajar ini adalah pelajar tingkatan 6,"katanya.

Inisiatif tersebut dicetuskan Ahli Lembaga Pengarah UKM sendiri Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie bagi membantu memperkasakan pendidikan di komuniti Kamunting.

"Untuk melestarikan pendidikan tinggi di Kamunting khususnya dan amnya di Taiping kita memerlukan universiti-universiti awam untuk datang membantu, dan hari ini UKM datang membantu.

"Ini bukannya yang pertama mungkin kita melihat bagaimana hendak melestarikan lagi pendidikan tinggi mungkin kita juga ada kolej komuniti, kita ada kolej vokasional yang mana ia boleh memainkan peranan,"katanya.

Pusat Pembelajaran akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang cukup termasuk capaian Internet serta peralatan teknologi yang kondusif.


(Sekitar majlis pelancaran Pusat Pembelajaran UKM yang ke-7 di Kamunting)

Media Baharu