fb fb fb fb fb

NGO gesa hentikan perlombongan di hutan simpan kekal

(Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman)

PULAU PINANG, 14 November- Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak berkuasa tempatan terutamanya di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang supaya mengelakkan
sebarang aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

Gesaan itu diketuai Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan turut disokong Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Persatuan Penggerak Bumi Hijau Malaysia (Bumi Hijau), Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS), Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia), Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia),
Sahabat Alam Sik (SAS) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, sebarang aktiviti perlombongan di Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) perlu dihentikan.


(Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader)

"Beberapa pertubuhan bukan kerajaan menggesa semua pihak berkuasa negeri terutamanya di negeri Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang di mana perlombongan telah dilaporkan di kawasan hutan simpanan kekal dan kawasan sensitif alam sekitar ini mengikut rancangan fizikal negara kita," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat CAP, di sini hari ini.

Manakala Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman turut berkata, sumber mineral berasaskan bahan nadir tidak diiktiraf sebagai hasil hutan dan tidak boleh dikeluarkan dari kawasan Hutan Simpanan Kekal.

"Akta Perhutanan negara jelas mengatakan bahawa nadir bumi bukan ditakrifkan sebagai hasil hutan jadi kita persolakan kepada semua kerajaan negeri mengapakah perlombongan nadir bumi nak dilombong didalam kawasan hutan simpanan kekal sedangkan ia bercanggah dengan Akta Perhutanan negara 1984 Akta 313," katanya.

Antara contoh kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah menyebabkan sumber air penduduk dari hutan simpan menjadi tercemar.

Di Perak pula wujud isu perlombongan di Mukim Kenering, Perak yang telah dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 dan Koridor Rangkaian ekologi yang telah dikenalpasti untuk tujuan pemuliharaan dan perlindungan.


Media Baharu