fb fb fb fb fb

Banjir Melaka: Tiga bot penyelamat, dua ambulans diserahkan kepada JPBD

ALOR GAJAH, 14 November- Tiga bot penyelamat diserahkan kepada Jabatan Pengurusan Banjir Daerah (JPBD) Melaka dalam usaha kerajaan negeri membantu melancarkan proses menyelamat khususnya ketika banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata penyediaan bot bernilai kira-kira RM200,000 itu merupakan salah satu inisiatif Care Rakyat bawah Bajet 2022 Stabil Melaka Makmur Bersama yang dibentangkan tahun lalu.

Bawah inisiatif sama, kerajaan negeri turut menyediakan dua buah ambulans dengan peruntukan RM2 juta yang bertujuan menghantar dan mengambil pesakit B40 untuk rawatan kecemasan atau rawatan berkala di hospital atau klinik kerajaan secara percuma.

"Saya harap mereka dapat menggunakan bot penyelamat ini yang berkapasiti boleh diisi sehingga maksimum 10 orang dan enjin 30 kuasa kuda bot ini direka khas oleh syarikat bumiputera sendiri yang berpangkalan di Serkam.

"Kita juga akan membekalkan ambulans di setiap JAPERUN Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Neger) yang terdapat di Melaka. Kita telah memperuntukkan RM2 juta bagi membekalkan ambulans terutamanya kepada golongan B40 terutamanya yang sakit kronik yang terlantar," kata Sulaiman kepada pemberita selepas merasmikan Majlis
Pelancaran Inisiatif Kerajaan negeri Melaka Perkhidmatan Ambulans dan Penyerahan Bot Misi Menyelamat di sini.

Tambah beliau, banjir yang berlaku di Melaka sepanjang tahun 2022 setakat ini telah memberi kesan kepada lebih 4,000 penduduk.

Sehubungan itu pelbagai pelan jangka pendek dan jangka panjang telah dan sedang dilaksana kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan bagi mengatasi isu berkenaan.

(Datuk Seri Sulaiman berkata tiga bot penyelamat, dua ambulans diserahkan kepada JPBD)

Media Baharu