fb fb fb fb fb

Pasukan bertindak khas perlu, tangani isu banjir

(Zafrul Abdul Aziz selepas ramah mesra di Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 14 November- Satu pasukan bertindak khas perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah saluran perparitan di Kuala Selangor.

Ini penting bagi menangani isu banjir secara komprehensif dan menyeluruh.

Calon Barisan Nasional di Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berpandangan; isu itu mampu diselesaikan hasil kerjasama bersepadu antara kerajaan persekutuan dan negeri.

"Apa-apa perubahan memerlukan kerjasama pengundi di sini, dengan kerajaan persekutuan dan negeri. Isu banjir melibatkan masalah saliran perparitan diletakkan bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.

"Saya berpandangan isu ini perlu diseleraskan dan saya melihat kepentingan mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu ini," katanya selepas beramah mesra bersama penduduk di Kuala Selangor.

Tambahnya lagi, isu jaringan telekomunasi di kawasan itu juga perlu diperbaiki berikutan terdapat beberapa kawasan tiada liputan internet.

"Kalau perasan terdapat beberapa kawasan di sini yang kurang liputan internet.

"Isu ini boleh diselesaikan segera menerusi pembinaan pencawang internet oleh syarikat telekomunikasi dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui pemberita RTM.

(Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz)

Media Baharu