fb fb fb fb fb

Satu PPS di Kulai, ditutup

(Penduduk terejas banjir di Johor)

JOHOR, 14 November- Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Kulai, Johor, ditutup 3.00 petang tadi, menjadikan hanya empat daerah masih terjejas banjir di negeri itu.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, 310 penduduk daripada 77 keluarga masih ditempatkan di enam PPS.

PPS Balairaya Kampung Kuala Paya di Segamat juga ditutup tiga petang tadi, menjadikan dua PPS masih beroperasi di daerah berkenaan menempatkan 53 orang daripada 17 keluarga.

Di Kluang, 34 orang daripada tujuh keluarga di sebuah PPS; Pontian, sebuah PPS beroperasi menempatkan 17 orang daripada empat keluarga dan di Tangkak, 206 orang daripada 49 keluarga di dua PPS.

Sungai Skudai di Kampung Laut merekodkan bacaan aras bahaya iaitu 3.27 meter.

(Anggota Pertahanan Awam menyelamatkan penduduk terjejas banjir)

 

Media Baharu