DUBAI, 22 Februari- Sejumlah 25 tan ikan bilis dan udang kering dari Sabah akan dieksport ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), bulan ini.
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Sylvester Entri Muran berkata, penghantaran pertama hasil laut tersebut menjadi titik permulaan untuk menembusi pasaran negara asia barat.
Kejayaan itu dicapai menerusi rundingan antara NAFAS dan syarikat pengendali eksport, Urbanex Gulf Corporate Services yang berpangkalan di Dubai.
Jelas Datuk Sylvester, bekalan sebanyak satu kontena tersebut kini dalam proses dokumentasi bagi melengkapkan syarat ditetapkan oleh UAE.
Dalam pada itu, NAFAS turut menyasarkan untuk mengimport hasil tempatan seperti halia dan kunyit berikutan permintaan yang tinggi di negara berkenaan.