LABUAN, 11 Mei- Lebih RM550,000 dana berjaya dikumpul bagi perancangan pelaksanaan kerja pengubahsuaian auditorium Tadika Chi Hwa, Labuan.
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata dana itu hasil kutipan sumbangan daripada pihak swasta, orang perseorangan serta penganjuran program bazar jualan oleh pihak pengurusan tadika.
Cadangan pembinaan itu bertujuan meningkatkan kemudahan fasiliti serta memberi keselesaan kepada para pelajar.
Kejayaan penganjurannya merupakan usaha dan sokongan daripada komuniti, ibu bapa dan pemimpin masyarakat di Labuan.
"Tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa dan saya akan terus membantu apa juga aktiviti yang melibatkan pendidikan.
"Pendidikan amat penting bagi Labuan dengan adanya warga yang berpendidikan, insya-Allah Labuan akan terus mampu maju ke depan," katanya ketika ditemui pemberita di Labuan.