KUALA LUMPUR, 2 November- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memilih U Mobile sebagai pelaksana Rangkaian 5G Kedua di Malaysia.
Ia selaras dengan usaha untuk memaksimumkan potensi teknologi 5G untuk manfaat rakyat, industri dan negara.
Susulan pemilihan itu U Mobile mengucapkan terima kasih atas kepercayaan kerajaan dalam memacu rangkaian itu ke peringkat lebih baik.
Selain itu syarikat telekomunikasi berkenaan juga optimis berikutan mempunyai rekod prestasi lebih 17 tahun.
Ia berada pada kedudukan baik untuk memainkan peranan dalam memperkembang rangkaian 5G.
U Mobile juga telah melepasi proses pemilihan yang melibatkan aspek teknikal dan komersial oleh MCMC dalam memastikan pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua dapat berjalan lancar dan memberikan impak positif kepada semua pihak.
Ketika ini, pelanggan U Mobile juga merupakan pengguna kapasiti 5G paling banyak di Malaysia berbanding penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain.
Ini antara bukti syarikat tersebut mempunyai kemampuan dalam memperkembang rangkaian itu.