fb fb fb fb fb

TVET di Sabah buka peluang pekerjaan, kurangkan kadar pengangguran

Gambar hiasan

KOTA KINABALU, 22 Jun - Penduduk di kawasan pedalaman di negeri ini menyifatkan usaha kerajaan memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) amat bertepatan bagi mewujudkan peluang pekerjaan.

Timbalan Pengerusi Penjanaan Ekonomi Hawa Malaysia, Datuk Rahmajan Sulaiman Khan berkata secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran terutama dalam kalangan golongan belia.

"Sudah tentu kita mahukan pembelajaran anak-anak kita masuk universiti tapi pada masa sekarang ini tuntutan yang terkini pada masa kini bahawa kemahiran itu lebih diutamakan dan saya rasa inilah yang diterapkan di dalam TVET kemahiran," katanya.

Sementara itu, ini pula kata peserta Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika dan Taska KEMAS Peringkat Daerah Tenom.

"Ini sangatlah penting memang bagus untuk anak-anak zaman ini yang membantu bagi saya kalau macam bagi anak-anak yang tidak mempunyai rezeki dalam pelajaran lebih baik, maka TVET ini sangat membantu kerana kemahiran yang dimiliki," kata Nur Iffa Syahirah Kamaruddin.

"Kepada pelajar yang diluar sana kalau tidak berjaya tapi kamu boleh teruskan bahagian TVET sekarang ini. TVET sekarang ada di mana-mana, jadi isilah borang dan mohonlah TVET untuk kemahiran.

"Sebab kemahiran sekarang penting tidak semestinya pelajaran itu tidak penting tetapi miliki kemahiran adalah satu kelebihan," kata Norsiah Amol ketika ditemui RTM.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan tambahan RM200 untuk memperkasa bidang Pendidikan TVET.

Kerajaan turut memberi peruntukan tambahan sebanyak RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024 bagi Pendidikan TVET.

GRACE AISYAH KEDAYAN