fb fb fb fb fb

Tunku Idris hantar bantuan ke Segamat dengan helikopter

(FOTO RTM)

SEGAMAT, 2 Mac-Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menggerakkan misi bantuan mangsa banjir dengan menerbangkan sendiri helikopter ke Chaah, Segamat membawa bekalan makanan serta barangan kebersihan diri.

Tunku Idris berlepas dari lapangan helikopter Istana Bukit Serene, Johor Bahru dan mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bali, pagi tadi.

Sejurus mendarat, Tunku Idris Iskandar turut membantu memunggah barangan tersebut daripada helikopter berkenaan.

Pengagihan bantuan makanan kemudian dilakukan pegawai serta sukarelawan Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Bulan Sabit Merah Malaysia.

Sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 26,633 penduduk daripada 7,311 keluarga

 

(FOTO RTM)

 

Media Baharu