(Bas dua tingkat, Volvo B11RLE 6x2 baharu yang dibina sepenuhnya
di negara ini untuk pasaran bas di Malaysia)
SHAH ALAM, 2 Mac- Syarikat pengeluar dan pembekal bas digalak meneroka peluang pasaran di Sabah dan Sarawak dan tidak hanya memberi tumpuan perniagaan di Semenanjung sahaja.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata potensi pasaran bas ekspres di kedua-dua negeri berkenaan adalah baik memandangkan permintaannya tinggi.
“Saya berharap syarikat pengeluar dan pembekal dapat memasarkan produk mereka kepada pengusaha di Sabah dan Sarawak dan sudah tentu apabila pengusaha tersebut sedia untuk melabur, mereka boleh berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan untuk dimudah cara dari segi pembiayaan,” katanya kepada media di sini.
(Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada sidang media Majlis Pelancaran Volvo's Buses
First B11RLE 'Ride and Drive' di Seksyen 15, Shah Alam)
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Pengenalan bas dua tingkat, Volvo B11RLE 6x2 baharu yang dibina sepenuhnya di negara ini untuk pasaran bas di Malaysia
Sementara itu,berkenaan isu kekurangan pemandu bas ,beliau meminta semua persatuan bas ekspres memperincikan jumlah sebenar kekurangan pemandu .
Katanya,perkara itu telah dibangkit menerusi pertemuan khas pihaknya bersama wakil persatuan bas minggu lalu.