fb fb fb fb fb

Tun M dimasukkan ke IJN sekali lagi

KUALA LUMPUR, 22 Januari - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan sekali lagi ke Institut Jantung Negara (IJN).

Jurucakap mengesahkan Ahli Parlimen Langkawi itu kini berada di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Petugas media dari pelbagai agensi juga mula berkampung di pusat perubatan itu sejak jam 12 tengah hari tadi bagi memantau perkembangan bekas perdana menteri itu.

Namun sehingga kini, tiada maklumat terperinci mengenai keadaan Dr Mahathir.

Untuk rekod, terdahulu Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 16 Disember 2021 untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Selepas 16 hari keluar daripada IJN pada Disember lalu, Dr Mahathir sekali lagi dimasukkan ke IJN kerana perlu menjalani prosedur perubatan elektif.

Media Baharu