fb fb fb fb fb

87 individu dikurnia darjah & pingat kebesaran daripada Sultan Selangor


KLANG, 22 Januari
- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 87 penerima sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-76.

Istiadat berkenaan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Berangkat sama ke istiadat tersebut, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Ahli Dewan Diraja Selangor, Tengku Datuk Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj mendahului senarai penerima dengan dikurniakan Darjah Kerabat Kedua.

Selain itu, Sultan Sharafuddin juga mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor dikurniakan kepada tujuh penerima, manakala Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah diberikan kepada sembilan individu.

Media Baharu