KUALA LUMPUR, 21 Jun - Agensi terlibat dengan perikanan perlu memfokuskan kepada pelan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) bagi memastikan bekalan ikan negara sentiasa mencukupi.
Pakar Ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ia berupaya memastikan sumber makanan negara lebih selamat dan terjamin ketika faktor cuaca tidak menentu mempengaruhi pendaratan ikan di negara ini.
Beliau berkata, tindakan seperti menyimpan stok ikan lebih awal juga mampu membantu mengawal harga ikan semasa.
(Razman ketika ditemui pemberita RTM)
"Ada lebih kurang enam tindakan yang sepatutnya dilaksankan untuk pastikan hasil perikanan itu mencukupi, berpatutan dan selamat. Ada tiga tindakan untuk meningkatkan kemampanan sumber perikanan dan ada tiga rancangan tindakan yang meningkatkan sumbangan sektor perikanan kepada ekonomi negara" kata Razman di sini.
Tambah beliau, ekonomi akan lebih mampan jika semua plan sub sektor perikanan dan akuakultur bawah dasar tersebut dapat dilaksanakan.