fb fb fb fb fb

Tidak puas hati larangan penggunaan telefon bimbit di asrama, empat remaja melarikan diri

KUANTAN, 20 Jun- Empat remaja termasuk tiga beradik melarikan diri dari sebuah asrama pusat jagaan anak yatim dan miskin di Kempadang tengah malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam satu kenyataan memaklumkan remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun dengan kesemuanya berasal dari Kampung Cenderawasih, Pekan itu dipercayai melarikan diri menerusi pintu belakang asrama pada 12.30 tengah malam.

Beliau berkata tindakan itu dipercayai berpunca akibat tidak puas hati dengan larangan penggunaan telefon bimbit di asrama berkenaan.

“Kehilangan mereka disedari oleh penyelia asrama berusia 35 tahun yang kemudiannya membuat laporan polis pukul 5.05 petang selepas usaha mencari yang dilakukan pihak asrama gagal,” katanya.

Wan Mohd Zahari menambah kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan usaha mengesan mereka kini giat dijalankan.

 


(Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu)

Media Baharu