fb fb fb fb fb

Buaya di Tasik Seksyen 7, MBSA ambil langkah keselamatan

Tangkap layar, video tular memaparkan seekor buaya di Taman Tasik, Seksyen 7, Shah Alam. - Facebook

SHAH ALAM, 3 September -Orang ramai dinasihat tidak berkunjung dan beriadah di Taman Tasik, Seksyen 7 bagi tujuan keselamatan, susulan kemunculan seekor buaya di kawasan tersebut.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengambil tindakan lanjut dengan memasang tali penghadang dan papan tanda amaran di sekitar tasik berkenaan.

Perkara itu dibuat selepas pihak MBSA mengadakan perbincangan bersama dengan Jabatan Perhilitan Selangor tentang langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil.

MBSA turut menempatkan Pasukan PANTAS, bagi tujuan pemantauan dari masa ke masa.

Terdahulu, tular di laman Facebook seekor buaya ditemukan di kawasan tasik itu oleh orang ramai.

Trainee2