fb fb fb fb fb

Johor kekal penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia

Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 3 September - Johor menyumbang sebanyak RM730 billion atau 29% nilai perdagangan dalam negara, sepanjang tahun lalu.

Pencapaian tersebut menjadikan negeri itu kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan nilai eksport mencecah RM414 billion dan import bernilai RM39 billion.  

Angka itu turut didorong oleh peningkatan eksport utama produk petroleum bertapis dan kluster kimia, litar elektronik bersepadu serta barangan elektrik, kata Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han.

Beliau berkata demikian selepas majlis pembukaan Greif, sebuah syarikat multinasional terkenal yang berpangkalan di Amerika Syarikat di Pasir Gudang, di sini, hari ini.    

Pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) diyakini bakal menambahkan lagi nilai komersial dan pelaburan negeri, katanya lagi.

Trainee2