fb fb fb fb fb

Tujuh PATI warga Myanmar berjaya di tahan APMM

LANGKAWI, 23 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis berjaya menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan dua Ejen Darat di Langkawi Selasa lalu.

Tangkapan menerusi Operasi Khas Op Moon itu hasil kerjasama Jabatan Laut Malaysia setelah melakukan risikan sejak 18 Jun di laluan pintu masuk utama ke Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kesemua PATI dihantar oleh ejen darat menaiki feri penumpang ke Kuala Kedah sekitar 4.30 petang.

Bagaimana pun feri tersebut berjaya dipintas pasukan operasi menggunakan Bot PERKASA 1228 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut Pulau Dayang Bunting.


(Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkongsi gambar PATI selepas sidang media di sini)

"Marine Star 2, kita telah membuat pemeriksaan ke atas feri tersebut dan kita berjaya menahan seramai tujuh orang PATI Myanmar semasa mereka dalam perjalanan atau pergerakan dari Kuah Langkawi ke Kuala Kedah," katanya pada sidang media di Pejabat Maritim Malaysia di Bukit Malut di sini, hari ini.

Kesemua PATI yang berusia 22 hingga 40 tahun itu didapati tidak mempunyai pengenalan diri yang sah dan di serahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia di Bukit Malut Langkawi untuk tindakan lanjut.

"Kejayaan itu membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun, dipercayai rakan kepada tekong darat yang ditahan sebelum itu, selepas cuba memberi rasuah kepada pegawai Maritim Malaysia, sehari selepas kejadian.

"Siasatan awal mendapati, setiap PATI membayar antara RM5,000 hingga RM8,000 kepada dalang untuk dibawa masuk ke negara ini," katanya.

Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, manakala dua lelaki tempatan disiasat mengikut Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).


Media Baharu