Tujuh kumpulan kerja perkasa pembangunan AI negara

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, di Dewan Rakyat, hari ini/foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan telah menubuhkan tujuh kumpulan kerja bermula Januari 2025 sebagai platform kolaboratif yang menghimpunkan kepakaran daripada pelbagai sektor bagi memastikan pembangunan AI negara dilaksanakan secara inklusif dan beretika.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan menubuhkan tujuh kumpulan kerja mulai Januari 2025 untuk pembangunan AI bersepadu.
  • Setiap kumpulan kerja dianggotai 170 pakar dari pelbagai latar belakang termasuk sektor awam, swasta, akademik dan masyarakat sivil.
  • Penglibatan pakar antarabangsa dan diaspora bertujuan memasukkan perspektif serta piawaian antarabangsa ke dalam strategi tempatan.
  • Inisiatif ini bertujuan memperkukuh pembangunan AI secara mampan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, berkata setiap kumpulan kerja itu dianggotai pakar daripada pelbagai latar belakang, melibatkan seramai 170 pakar dari dalam dan luar negara.

Menurut beliau, kumpulan kerja berkenaan merangkumi wakil sektor awam, sektor swasta dan industri, akademik daripada universiti tempatan, masyarakat sivil, serta pakar antarabangsa dan diaspora, termasuk wakil Malaysia di luar negara.

“Penglibatan pelbagai pihak ini bertujuan membawa perspektif serta piawaian antarabangsa ke dalam landskap tempatan, selain memastikan strategi AI Malaysia tidak bersifat top-down semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, penubuhan kumpulan kerja itu merupakan langkah strategik bagi memperkukuh pembangunan AI negara secara mampan, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan