fb fb fb fb fb

Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang di Puchong

FOTO BOMBA

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Sebanyak tujuh kenderaan rosak akibat dihempap sebatang pokok tumbang berikutan hujan dan angin kuat berhampiran Plaza PK, Taman Kinrara, Puchong petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, laporan berkenaan kejadian itu diterima Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor pada pukul 4.24 petang.

Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi untuk kerja menyelamat dan mengalihkan pokok berkenaan.

Tiada mangsa dilaporkan dan kerja mengalihkan pokok sedang dijalankan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE