fb fb fb fb fb

Perbincangan antara kepimpinan persekutuan dan negeri akan dibuat selalu- PM

FOKO UKAS

KUCHING, 27 Mei- Perbincangan antara kepimpinan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan selalu diadakan bagi memastikan projek dan keputusan dasar dapat dijalankan dengan lebih berkesan di negeri tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap kali berkunjung ke Bumi Kenyalang, beliau selalu mengambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan dengan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mendengar pandangan kepimpianan negeri.

“Kerana kita mahu hubungan persekutuan dengan negeri baik, alhamdulihah setakat ini tetapi kita juga perlu dengar beberapa pandangan pimpinan negeri supaya keutamaan beberapa pelaksanaan dasar dan projek dapat dijalankan dgn baik," katanya kepada media selepas pertemuan dengan Premier Sarawak di Kuching.

Jelasnya antara isu yang dibincangkan pada pertemuan kali ini ialah mengenai penambahan kursus Bahasa Inggeris oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya beliau bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tidak bercanggah dengan dasar Kementerian Pendidikan dan Bahasa Melayu masih kekal sebagai bahasa utama.

Menyentuh mengenai calon bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, Perdana Menteri berkata perkata tersebut masih dalam perbincangan awal dan terdapat beberapa nama yang dicadangkan tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat Jawatankuasa sambutan Perayaan Gawai peringkat Negeri yang diketuai oleh Timbalan Premier, Datuk Douglas Uggah.

Kunjungan bertujuan menjemput Perdana Menteri ke sambutan tersebut pada 22 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE