fb fb fb fb fb

Tuduhan suspek kes buli Zara Qairina berlandas bukti siasatan

Zara Qairina Mahathir

KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan keputusan menuduh suspek terlibat dalam kes buli Zara Qairina Mahathir di bawah seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan, adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan.

Sehubungan itu, menerusi kenyataan yang di keluarkan AGC memaklumkan prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca kematian pelajar tersebut.

Jabatan itu merujuk kepada kenyataan media bertarikh hari ini, yang dikeluarkan peguam lantikan ibu Allahyarham iaitu Noraida Lamat, berhubung permohonan untuk menangguhkan pendakwaan.

Ia membabitkan Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan cadangan pertuduhan pihak peguam di bawah Seksyen 507D (2).

"Berdasarkan penelitian jabatan ini terhadap kertas siasatan, pertuduhan di bawah seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina," menurut kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM