SHAH ALAM, 11 Disember- Sebuah treler dilaporkan merempuh sebuah pondok tol sebelum melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam, malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.17 malam dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
Tambah JBPM, insiden tersebut melibatkan tujuh mangsa termasuk seorang penjaga tol.
Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan selamat.