SRI AMAN, 10 Mei - Transformasi Mahkamah Bumiputera Sarawak diharap dapat menjadikan ia sebagai sebuah institusi kehakiman yang bebas dan berautonomi sama seperti Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai berkata ketika ini pelan tersebut sedang dalam proses melengkapkan kertas cadangan dan laporan untuk dikemuka kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum hujung tahun ini.

"Buat masa ini mereka memang banyak tugas terutamanya berkaitan semua pembangunan yang kerajaan negeri sedang lakukan sekarang, seperti RTP dan semua pembangunan di Sarawak.
"Oleh itu, dengan mahkamah baru nanti beban kerja Pegawai Daerah akan dapat dikurangkan dan yang akan menjaga kes adalah majistret yang terlatih," katanya.
Tambah Sikie, jika transformasi tersebut mendapat kelulusan kabinet, ia akan melibatkan satu Rang Undang-Undang baharu untuk dibentang di Dewan Undangan Negeri.
Katanya, dibawah pelan transformasi itu, peranan ketua masyarakat dan ketua kaum lebih tertumpu pada hal ehwal berkaitan adat.